SAWAH RING

Read Time:45 Second

Sawah Ring yang terletak di daerah Ledang merupakan salah satu destinasi yang harus anda lawati jika ke Ledang mahupun kawasan sekitarnya. Berlatar belakangkan Gunung Ledang dan terletak di laluan jalan utama, membuatkan para pengunjung, berkesempatan untuk berhenti dan menikmati permandangan kehijauan sawah padi yang terbentang luas serta burung – burung terutamanya burung bangau yang berterbangan….

Jika cuaca baik, puncak Gunung Ledang dapat di lihat serta boleh dijadikan sebagai lanskap photo anda. Waktu yang paling ideal untuk mengambil gambar di sini adalah pada waktu petang di mana selain dapat melihat puncak Gunung Ledang, permandangan matahari terbenam juga adalah sangat lawa di sini.

Sawah Ring adalah salah satu healing place yang akan saya lewati jika pulang ke kampung. Hal ini kerana, permandangan nature ini amat sukar untuk kita dapati jika berada di kota. Oleh itu, salah satu tempat yang harus saya lewati adalah dengan melihat kehijauan sawah padi yang terbentang luas sambil memuji kebesaranNya.

 

Happy
Happy
25 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
50 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
25 %
Previous post TWICE – SET ME FREE [English Version]
Next post NIZIU – PARADISE