Desaru Public Beach

Read Time:1 Minute, 0 Second

Setelah PKP 2.0 berakhir pada bulan Mac yang lalu, baru kini saya dapat keluar dan melihat keindahan pantai Desaru di Bandar Penawar, Kota Tinggi ini. Pantainya yang cantik dan airnya yang bersih ini membuatkan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk bermandi manda serta mengambil gambar.

Terletak berhampiran dengan Adventure Waterpark Desaru Coast, pantai ini adalah pantai yang terpelihara dan dijaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.

Pantai ini, boleh saya katakan sebagai private place di mana saya sebagai pengunjung berasa ada privasi dan bebas ketika berada di sini. Pasirnya yang halus serta putih bersih membuatkan saya hampir – hampir ingin baring di atas pasir ini kerana leka melihat laut yang terbentang luas dengan deruan ombak yang memecah pantai…. sungguh mendamaikan….

Bayaran RM 6 di kenakan untuk memasuki kawasan ini dan hanya 150 buah kenderaan, yang di benarkan dalam satu masa. Disebabkan itu lah saya menyatakan pantai ini mempunyai privasinya yang tersendiri.

Dengan bayaran RM 6 dalam satu masa, saya merasakan ianya berbaloi kerana pantainya dijaga dengan baik.

Bagi mereka yang sukakan tempat yang mempunyai privasi, tidak terlalu ramai pengunjung dalam satu masa, inilah pantai yang sesuai untuk anda terutama kepada mereka yang suka bergambar.

Tidak rugi untuk anda datang ke sini!

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post 10 Khasiat Halia Yang Perlu Anda Ketahui
Next post Khasiat Bawang Putih Yang Perlu Anda Tahu!