5 Cara Reset/Tetapkan Semula Otak Anda

Read Time:1 Minute, 35 Second

Jika sesuatu teknologi atau gadget itu tidak berfungsi dengan baik, kita akan menetapkan semula tetapan ke mod default . Begitu juga dengan otak kita. Tapi bagaimanakah untuk kita reboot otak kita?

Antara sebab mengapa kita perlu reboot otak kita adalah kerana stress atau tekanan yang sedang kita alami.

Apa itu stress?

Stress atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Tekanan memberi tindak balas terhadap ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.

Antara sebab seseorang itu mengalami tekanan adalah kerana perasaan tidak selamat,gemuruh tentang sesuatu yang membawa seseorang berasa masa depannya gelap, tiada harapan dan tidak dapat berfikiran ke hadapan berdasarkan situasi  semasa yang terdapat di media sosial mahupun di television.

5 cara terbaik untuk reset/tetap semula otak kita [R.E.S.E.T] daripada Jim Kwik

1.R – routine

Routine membawa maksud rutin yang harus anda lalukan setiap hari seperti bangun tidur awal dan katakan kata – kata syukur di dalam kehidupan seharian.

2. Emotion Release

Emotion release membawa maksud jadikan rutin harian anda setiap hari dengan menulis diary/journal. Jangan menulis sesuatu yang negatif, tetapi melepaskan emosi itu di dalam bentuk yang positif. Jangan keluarkan kata-kata benci, memperbanyakkan berinteraksi dengan orang luar.

3.Sever

Sever membawa maksud putus, dimana untuk menetapkan semula otak kita perlu memutuskan hubungan kita dengan dunia teknologi. Gunakan teknolgi sebaik mungkin ini kerana teknologi adalah alat untuk manusia namun kini sebaliknya.

4.Explore new things

Belajar sesuatu yang baru adalah sesuatu yang terbaik dalam menetapkan semula otak. Fikirkan semula apa yang penting dalam kehidupan anda yang memberi semangat atau keghairahan dalam melakukanya. Buat sesuatu yang menggembirakan.

5.Think/dream

Tidak salah untuk kita bermimpi tentang sesuatu. Fikir semula, apa yang anda inginkan dalam kehidupan ini dan mulakan dengan membayangkanya kerana apabila kita kerap memikirkan sesuatu otak akan mula bekerja untuk merialisasikannya.

Think with Heart, Finish with Brain

Happy
Happy
20 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
40 %
Sleepy
Sleepy
20 %
Angry
Angry
20 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post What Makes You Happy?
Next post Kimbap Vs Sushi