10 Khasiat Halia Yang Perlu Anda Ketahui

Read Time:1 Minute, 42 Second

Halia atau Ginger yang mempunyai bau dan rasa yang unik berasal daripada gingerol yang mempunyai khasiat terhadap kesihatan dan ramai yang tidak ketahui.

 

Antara Khasiat Halia yang Anda perlu tahu adalah:

 

1.Membantu sistem penghadaman

Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman, mengambil halia mampu mengatasi masalah ini. Halia terkenal sebagai pembantu kepada sistem pencernaan. Pengambila halia dapat mempercepatkan pengosongan perut dan mengurangkan masalah penghadaman.

 

2. Membantu Menurunkan Berat Badan

Seperti yang ramai ketahui, halia mampu membantu seseorang untuk menurunkan berat badan.  Penggunaan halia mampu menigkatkan pembakaran kalori dan mempercepatkan penurunan berat badan.

 

3. Mengurangkan Keradangan

Masalah keradangan adalah masalah biasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Halia bertindak sebagai ubat penahan sakit, dapat mengurangkan bengkak dan rasa sakit bagi pesakit Osteoarthritis.

 

4. Melegakan Loya

Pengambilan 1 gram halia mampu mengurangkan loya bagi wanita mengandung terutama bagi mereka yang mengalami ” morning sickness”.

 

5. Mengurangkan Kesakitan Haid

Pengambila halia pada awal haid dapat mengurangkan gejala kesakitan ketika haid di kalangan wanita. Tea Halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit ketika haid.

 

6. Mengurangkan Paras Gula Dalam Darah

Kajian menunjukkan 2gram halia mampu menurunkan pasas gula dalam darah sebanyak 12%. Namun begitu, penggunaan halia selepas makan ubat – ubatan adalah tidak digalakkan kerana menyebabkan pesakit menjadi “Hypo”.

 

7. Mencengah Kanser

Kehadiran 6-gingerol di dalam halia mampu mencengah sel kanser terutama di dalam rawatan kanser payudara serta kanser ovari.

 

8. Dapat Melegakan Batuk & Sakit Tekak

Meminum air yang dicampurkan dengan halia serta di tambah sedikit madu dalam keadaan suam mampu melegakan tekak dan batuk.

 

9. Melawan Penyakit Alzheimer

Kajian menunjukkan penambilan halia mampu meningkatkan fungsi seperti reaksi terhadap masa dan memori. Ia juga mampu mencengah kemerosotan fungsi otak disebabkan faktor umor.

 

10. Meningkatkan Sistem Ketahanan Badan

Halia mempunyai gingerol yang membantu mengurangkan jangkitan. Halia juga mampu melawan bakteria dan virus jahat.

 

Kesimpulannya, terlalu banyak khasiat halia yang kita masih tidak tahu ataupun terlepas pandang. Disebabkan itu lah, halia adalah antara bahan wajib di dalam masakan malah telah menjadi antara ramuan di dalam kosmetik.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post Chocolate Cheesecake Recipes
Next post Desaru Public Beach